Profil sekolah Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Gopeng

Moto

Ilmu, Amal, Iman

Visi

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng Menjana Komuniti Berilmu Bertaraf Dunia.

Misi

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng melaksanakan:-

  • Pengurusan pendidikan berkualiti
  • Kepimpinan
  • Pembangunan sahsiah
  • Kecermelangan kokurikulum
  • Memasyarakatkan sekolah

Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng berazam untuk merealisasikan Pengurusan Pendidikan Berkualiti seperti berikut:-

  • Melaksanakan pengurusan pendidikan berkualiti yang cekap dan berkesan
  • Memaksimumkan penggunaan ICT dalam P&P dan pentadbiran
  • Menyediakan kemudahan pembelajaran yang lengkap dan kondusif
  • Menyediakan peluang dan kemudahan aktiviti kokurikulum untuk semua murid
  • Menyediakan prasarana asrama yang selesa dan kondusif
  • Setiap guru dan kakitangan akan mendapat latihan peningkatan profesionalisme sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun
  • Setiap aduan guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari.
  • Memastikan sistem penyampaian maklumat secara tulus dan berkesan
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra dan berbudi bahasa daripada warga sekolah
  • Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa
  • Melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengambil tindakan segera selewat-lewatnya 3 hari dari tarikh menerima arahan
  • Sila berurusan dengan Pengetua untuk mendapatkan sebarang maklumat

Falsafah Sekolah

Kesepaduan antara ilmu yang sempurna dan pengetahuan yang luas adalah tunggak dalam usaha membina insan berbudaya.

Lagu Sekolah

Ilmu Sentiasa Dijunjung
Agama Tetap Dijulang
Tabah, Harungi, Segala Liku Ini
Jasmani Dan Rohani, Sama Diimbangi
Azam Nyalakan Kukuh Peribadi

Integrasi Mencapah Ilmu
Lahirkan Insan Berkualiti
Harumkan Persada Pertiwi
Jayakan Wawasan Suci
Integrasi Gopeng Sedia Berbakti